DEMENSIA BUKAN PENUAAN NORMAL - Kampus Kesihatan

LAMAN RASMI USM KAMPUS KESIHATAN  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log in

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

DEMENSIA BUKAN PENUAAN NORMAL

KOTA BHARU, KELANTAN, 25 Oktober 2017 – Demensia didefinasikan sebagai satu penyakit gangguan fungsi otak yang melibatkan sekumpulan gejala yang merangkumi kemerosotan fungsi ingatan, kesukaran untuk berfikir, berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan kadangkala perubahan tingkah laku dan emosi.

Masalah ingatan selalunya dikaitkan dengan penuaan, namun bagi pesakit demensia, masalah ini bukanlah sebahagian proses penuaan semulajadi kerana ia biasanya  bermula dengan perubahan yang kecil.

dr asrene

Menurut Ketua Jabatan Psikiatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asreene Abd Razak, terdapat banyak penyebab yang diketahui menjadi punca demensia dan jenis yang paling umum ialah penyakit Alzheimer dan Vaskular Demensia.

“Sehingga kini masih belum terdapat sebarang ubat untuk menyembuhkan demensia, tetapi terdapat ubat-ubatan dan terapi yang boleh membantu melambatkan proses kemerosotan dan menangani beberapa gejala demensia.

“Oleh kerana itu, fokus rawatan demensia bukanlah kepada penyembuhan, tetapi lebih kepada memperbaiki kualiti hidup pesakit,” ujarnya semasa menjadi tetamu rancangan Doktor Di Radio baru-baru ini. 

Asreene berkata, individu yang mempunyai demensia mungkin mengalami kemurungan atau keresahan dan kebiasaannya mereka diberikan ubat-ubatan anti-depresi atau mungkin ditawarkan psikoterapi seperti kaunseling dan terapi kognitif.

“Dengan kombinasi ubat-ubatan dan terapi, terdapat ramai pesakit demensia yang mampu hidup dengan baik selama bertahun tahun. Antara ubat-ubatan yang telah dihasilkan untuk merawat penyakit demensia adalah jenis anti-cholinergik dan NMDA-antagonist,” jelasnya lagi.

Tambah Asreene, kajian menunjukkan terdapat beberapa cara yang boleh mencegah dari berlakunya demensia iaitu dengan mengamalkan cara hidup yang aktif dan sihat serta memastikan kesihatan terjaga.

Teks / Foto: Wan Mohd Rashidi Wan Mood & Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 22 October 2018.

 

© 2018 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.

Pacific Rim Uprising Movie Watch

Hd Porn girl fucked in the kitchen counter Hd Porn Brunette Girl Fucks Secretly Hd Porn The woman in the shower is both fucked and blown